baik-baik ye syg. sy syg awak. itulah kata2 yg aku selalu ucapkan kpd sygku setiap kali sygku hendak pulang ke rumahnya selepas kitorg dating.
byk kenangan indah aku dgn sygku. kdg2, aku selalu termimpi2, terkenang kisah lalu. aku tidak sedar aku amat menyintainya sehinggalah...
aku baru sj dengar lagu wali band - baik-baik syg. mmg kenalah dgn mood aku skrg ni, terkenangkan sygku. aku rindukan dia. sgt2. beginilah kami, laki2, kami akan menyesal setelah kehilangan org yg amat kami syg, walaupun bila dia ada di dpn mata, kami tidak tahu hendak buat apa, tp yg kami hendak pihak perempuan tahu, laki2 amat menyintai perempuan. sgt2.
kami kalau sudah set minda utk menyintai si dia, maka kami akan syg dia sepenuh hati kami. dan bila laki2 berfikiran mcmtu, perempuan sepatutnya tidak lagi syak apa2 dgn si laki2. kerana, syak sedikit pun akan melukai hati laki2. itulah laki2, kami bodoh, kerana kami tidak pernah dewasa, hanya berlakon sebagai dewasa, hanya perempuan shj yg mampu menopang hidup kami, si laki2.
bukanlah aku hendak katakan, laki2 tidak kuat tanpa perempuan, tp pada hakikatnya, laki2 mana yg tidak ada hati pada perempuan? mcmana sekalipun, laki2 akan tewas dgn perempuan. perempuan pandai maen hati dgn laki2. bila laki2 betul2 kecewa, adalah kes bunuh diri, kes jadi jahat, mcm2 lagi lar. semuanya, bermula drpd perempuan. laki2 amat lemah bila berhadapan dgn perempuan.
aku sbg laki2, tidak tahu mcmane hati perempuan. aku hanya luahkan apa yg terbuku di hatiku kerana aku tahu, aku salah. aku tidak menghargai sygku, sehinggalah aku sedar ketika aku syg dia, dia sudah tiada lg disisiku. aku tahu aku salah, aku hendak dia tahu, aku amat menyintai dirinya, sepanjang hidupku. aku ingin bersamanya selama2nya. aku tidak ingin sedih dgn hal ini, aku tekad bangkit dan sedar, kerana aku tahu, dia disana, ingin lihat aku berjaya dan menjadi seorang yang berguna kpd negara dan masyarakat.
aku tahu dia hendak aku menjadi somebody. dia ingin lihat aku berjaya kerana sekiranya dia ada dgnku, aku tahu dia akan berkata,"hey! dia itulah pakwe aku yg berjaya itu". aku tahu. aku tahu betapa bangganya dia berkata begitu kerana dia amat berbangga mempunyai aku dan aku juga ingin membuat dia tahu, aku juga amat bertuah dapat menjadi penemannya, walaupun utk seketika shj. aku tahu dia akan melihatku berjaya setiap detik. aku tetap mengenangnya setiap masa. hanya satu pintaku, baik2 syg.
baik2 syg
No comments:
Post a Comment